PROFILE DIRI

Foto saya
BERJAYA ATAU GAGALNYA DIRI SESEORANG ADALAH DISEBABKAN DIRINYA SENDIRI.....

Jumaat, 28 Mei 2010

SAYANGKU



Inilah kekasih hati beta....

CARA PEMAKANAN RASULLAH

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2.

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

perkataan JANGAN mungkin bleh ditimbang dengan ELAKKAN,
sb mungkin ada yang kata dia makan selama ni ok je..
dalam jangka masa terdekat mgkn kita dok rasa kesan dia
Ianya mungkin ada kesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-

-Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

-Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

-Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

-Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...

RAHSIA 13...

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……
1. Niat Sembahyang
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’
Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud
Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir)
Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam
Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib
Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”

LAWATAN SMSJ KE SDAR, NEGERI SEMBILAN






Taklimat ringkas oleh GPK Hem SDAR, Negeri Sembilan....pesanan yang diberikan kepada 10 orang pelajar lelaki tingkatan 3 SMSJ diharapkan dapat mengubah sikap pelajar-pelajar kepada yang lebih baik...amin...

LAWATAN DARI SMK KAHANG TIMUR




barisan pelajar dari SMK Kahang Timur yang mengikuti Program Eksplorasi Asrama Selam 5 hari di SMSJ...

Khamis, 27 Mei 2010

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH

APA ITU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING?
Krumboltz (George & Kristianni, 1990), mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesian kepada masalah klien.
Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya.
Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya.
James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah adalah satu perkhidmatan yang diberikan oleh guru bimbingan dan kaunseling/ kaunselor sekolah bagi membantu klien (pelajar sekolah) memperkembangkan dan menyesuaikan peribadi klien yang baik dan menyeluruh.
Kaunseling pula merupakan satu proses membantu klien (pelajar) supaya menjadi lebih faham tentang
dirinya. Proses ini hanya boleh dijalankan oleh guru bimbingan dan kaunseling/ kaunselor yang mempunyai kelayakan profesional kerana proses ini bukan hanya proses memberi nasihat tetapi ia lebih kepada proses membantu klien/ pelajar dengan menggunakan prinsip-prinsip psikologi. Perhubungan yang profesional akan diwujudkan oleh kaunselor dalam membimbing klien menjadi lebih sedar tentang kelebihan, kekurangan , kebolehan ,kemampuan dan keupayaannya. Perkara terpenting dalam proses ini ialah sesi kaunseling perlu berlangsung dengan kerelaan hati klien/pelajar supaya alternatif yang terhasil daripada sesi kaunseling dapat direalisasikan/implementasikan oleh klien/ pelajar selepas tamat sesi. Pertemuan juga boleh berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling. Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.
Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.
MODEL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
• Perkhidmatan lebih bersifat menyeluruh iaitu memberi khidmat yang ditujukan seboleh-bolehnya kepada semua kelompok sasaran, di mana perlu khidmat rujukan kepakaran juga boleh diberikan.
• Perkhidmatan lebih bersifat perkembangan, pencegahan, dan pemulihan yang boleh disokong melalui aktiviti pengayaan dan pengukuhan.
• Perkhidmatan lebih menekankan bimbingan dan kaunseling pengajaran serta bimbingan dan kaunseling kelompok.
• Perkhidmatan lebih bersifat terbuka .
• Perkhidmatan bersifat bersepadu dan pelbagai disiplin.
• Perkhidmatan bersifat pelbagai modality

BILIK KAUNSELING SMSJ











wajah-wajah bilik kaunseling yang baru di bangunan baru...di tingkat tiga...kiri sekali....marilah dtg beramai-ramai....

Rabu, 26 Mei 2010

students’ perception on teachers’ attitudes, subject knowledge and skills of teaching with students’ motivation

ABSTRACT




The study was carried out to identify the relationship between students’ perception on teachers’ attitudes, subject knowledge and skills of teaching with students’ motivation. A total of 200 male and female students of Form Four and Form Five at one of the boarding schools in Johor were chosen randomly as respondents. Perception was seen from the aspect of Malay Language teacher’s teaching of the year 2009. This study is a survey research and data were accumulated by the use of questionnaire. The questionnaire contains 32 items with a value of α for students’ motivation was 0.81, teachers’ attitudes was 0.77, teachers’ teaching skills was 0.80 and teachers’ subject knowledge was 0.89. The data were analyzed by using Statistical Packages for Social Sciences (SPSS). Descriptive analyses were used in finding the frequency, percentage, mean and standard deviation. Meanwhile, Mann-Whitney test and Spearman’s Rho correlation were used in inferential analyses to test the research hypotheses. Research findings indicated that the mean values for students’ perceptions of teachers' attitudes, subject knowledge and skills of teaching with level of students’ motivation to learn were high. The research findings also showed that there were significant differences between male and female students where female students were higher in their perceptions of teachers’ attitudes, subject knowledge and skill of teaching and students’ motivation compared to male students. Meanwhile, there were moderate significant relationships between students’ perceptions on teachers’ attitudes, subject knowledge and skills of teaching with students’ motivation to learn ranging from r = 0.4 to 0.7. A few suggestions and recommendations for future researchers were put forward in this study.

inilah tajuk kajian di peringkat Sarjana saya....setelah bertungkus-lumus..akhirnya siap juga thesisku... alhamdulillah

LILY RYHANEE ZULKIFLI


PUTERIKU

Selasa, 25 Mei 2010



SLOT MOTIVASI OLEH ABANG FAKHRUL DR MUTIARA CONSULTANT YANG DIJALANKAN PADA 15 MEI 2010 DIHARAPKAN DAPAT MEMBERI KESEDARAN DAN MEMBERI MOTIVASI...INSPIRASI KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 2 YANG TERLIBAT.....SLOT INI DIJALANKAN DARI PUKUL 8.OO HINGGA 2.00 PETANG...

KESUMA SMSJ 2010


Barisan pelajar yang menyertai KESUMA 2010 DI SM SAINS JOHOR...

Slot 'plan tindakan' daripada ketua-ketua rumah sukan dan ketua-ketua kelas

Isnin, 24 Mei 2010

RESUME

NORLIA BINTI HARUN

ALAMAT RUMAH
Kampung Parit Tengah,
83710 Yong Peng , Johor
Tel : 074846416 Telefon Bimbit : 0127688610

JAWATAN DIPOHON :
Kaunselor Berdaftar

MAKLUMAT PERIBADI
Tarikh Lahir: 15 Februari 1980
Status: Berkahwin
Kewarganegaraan: Malaysia
No. Kad Pengenalan: 800215-01-6006
Jantina: Perempuan
Umur: 30 tahun
Bahasa Percakapan: Bahasa Melayu/ Bahasa Inggeris
Bahasa Penulisan: Bahasa Melayu/ Bahasa Inggeris

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
1987-1992: Sekolah Kebangsaan Sri Tengah, Yong Peng, Johor
1993-1997: Sekolah Menengah (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, Johor
1998-1999: Matrikulasi Sains Hayat , Universiti Putra Malaysia
2000-2003: Bacelor Pendidikan (Bimbingan& Kaunseling), Universiti Putra Malaysia
2007-2010: Ijazah Sarjana Pendidikan (Psikologi Pendidikan) , Universiti Teknologi Malaysia.

KELAYAKAN
1997: Sijil Pelajaran Malaysia, Pangkat 1
2003: Bacelor Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling)-UPM
2010: Ijazah Sarjana Pendidikan (Psikologi Pendidikan)-UTM

PENGALAMAN BEKERJA
2003-2007: Guru Bimbingan & Kaunseling SM Sains Sultan Iskandar, Mersing Johor
2007- kini : Guru Bimbingan & Kaunseling SM Sains Johor, Kluang

RUJUKAN

En Khairudin bin Sapar,
Guru Penolong Kanan Akademik SM Sains Johor,
Km 1 Jalan Batu Pahat, 86000 Kluang
Johor.
No tel: 077722458

En Basir Bin Ibrahim,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SM Sains Johor,
Km 1, Jalan Batu Pahat, 86000 Kluang,
Johor.
No tel: 077722458

Sabtu, 22 Mei 2010

Cari Blog Ini